Pertama sekali ingin saya memanjatkan rasa kesyukuran, Suzuran High School telah mengorak langkah ke hadapan dengan mempunyai sebuah laman web yang menyediakan pelbagai informasi untuk seluruh warga sekolah.

 

Di kesempatan ini juga saya bagi pihak barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

 

Dengan adanya laman web ini, dapat membuktikan bahawa Suzuran High School sentiasa bergerak seiring dengan hasrat kerajaan menanamkan budaya mencintai ICT dalam kalangan warga sekolah. Pada zaman ledakan teknologi digital ini, ICT digunakan dalam semua urusan kehidupan manusia. Oleh itu masyarakat yang hidup dalam abad ini mesti menguasai kemahiran ICT jika ingin terus bersaing dan maju


Oleh itu saya menyeru semua warga sekolah untuk menggunakan laman web sekolah ini sebagai satu cara memajukan diri dalam dunia ICT bagi menghadapi era informasi teknologi agar dapat mencapai tahap pendidikan yang berkualiti.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru  yang terlibat dalam menjayakan laman web Suzuran High School ini. Teruskanlah usaha positif ini agar dapat membentuk budaya yang memberangsangkan ke arah mencapai visi Suzuran High School.

Sekian, terima kasih.


“ONE VISION,  SAME MISSION,  UNITED  IN  ACTION”

SUZURAN HIGH SCHOOL : BEYOND THE BEST!

 

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola